Model Rekabentuk Instruksi Bersistem boleh dijadikan panduan untuk membangunkan aplikasi multimedia.Antara Model Rekabentuk Instruksi bersistem yang boleh dijadikan panduan ialah :-
a) Model ADDIE
b) Model ASSURE
c) Model Hanaffin & Peck
d) Model Dick & Carey
e) Model Robert Glasea
f) Model Waterfall
A) Model ADDIE
Model Addie adalah proses pembangunan tradisional yang digunakan oleh pereka instruktur dan latihan . Kelima –lima fasa iaitu Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Implementasi, dan Evaluasi merupakan panduan, dinamik dan fleksibel untuk membuat latihan yang berkesan dengan menggunakan alat prestasi sokongan.
Fasa-fasa dalam pembangunan aplikasi multimedia bagi model ADDIE ;
Fasa 1 : Perancangan dan menganalisis keperluan aplikasi
· Pembinaan konsep aplikasi- Idea,maklumbalas pengguna dan pekerja.
· Menyatakan tujuan- Menentukan halatuju proses pembangunan projek.
§ Matlamat – Penyataan yang luas mengenai apa yang ingin dicapai (jangka masa panjang)
§ Objektif – Penyataan yang lebih tepat dan spesifik (jangka masa pendek).
· Mengenalpasti kumpulan sasaran – Faktor demografik (penempatan,umur,jantina,taraf perkahwinan,pendidikan,pendapatan dan lain-lain.
Fasa 2 : Rekabentuk Aplikasi
· Menentukan cara perlaksanaan
§ Corak – Permainan,hiburan,perniagaan,latihan,pendidikan.
§ Pendekatan – Tiada arahan/arahan sedikit/panduan lengkap.
§ Metafora – Peta imej yang istimewa yang menggunakan imej dalam konteks yang lebih bermakna.Mempersembahkan informasi dalam bentuk objek (klik pada objek untuk dapat maklumat).
§ Keutamaan – Pertimbangkan setiap elemen multimedia yang ingin dimasukkan .Ambil kira faktor kewangan dan kekangan masa.
· Menentukan spesifikasi – perisian dan perkakasan
§ Sistem mainsemula- kepantasan,ingatan utama (RAM),ruang storan dan sebagainya.
§ Elemen yang dimasukan – perincian setiap elemen (jenis audio,jenis grafik,saiz frame video,saiz objek button,jenis fon,warna,suara latar,skrip dan sebagainya.
§ Kebolehfungsian – bagaimana objek seperti teks,grafik,butang dan hiperteks bertindak balas dengan pengguna.
§ Antara muka pengguna – rekabentuk skrin yang muncul,bagaimana objek disusun,berineraktif dengan pengguna,bagaimana pengguna meneroka.
§ Papan cerita dan penerokaan –gambaran kasar,panduan,perhubungan antara skrin,fungsi setiap objek.
Fasa 3 : Pembangunan aplikasi
· Pembinaan isi kandungan – tahap kualiti elemen,bagaimana dihasilkan,siapa yang bertanggungjawab dalam mendapatkan hakcipta dan perlesenan,bagaimana isi kandungan disimpan dan di dokumentasikan.
· Mengarang/mengaturcara tajuk – jika aplikasi bertujuan untuk dikomersialkan dan memerlukan tahap interaktiviti yang tinggi, proses mengarang/mengaturcara sesebuah aplikasi memainkan peranan penting dengan menggunakan skrip.
Fasa 4 : Pengujian dan Penilaian
· Proses pengujian
§ Pengujian boleh dimulakan dari peringkat awal dengan menggunakan prototaip untuk mengkaji kebolehgunaan aplikasi yang sedang dirancang.
§ Memastikan pengguna faham sistem penerokaan ,istilah ,ikon dan metafora yang digunakan.
§ Memastikan pengguna tidak mempunyai masalah,keliru atau hilang minat semasa menggunakan aplikasi.
· Proses penilaian
§ Penilaian formatif- dilakukan ketika proses pembinaan aplikasi dijalankan oleh pengguna sebenaruntuk mengenalpasti bahagian yang perlu dikemaskini.
§ Penilaian Sumatif – dilakukan keatas aplikasi yang telah siap untuk menyemak sama ada menepati kehendak pelanggan dan keperluan pengguna.
B) Model ASSURE
Model ASSURE dibangunkan oleh Heinrich & Molenda pada tahun 2000. Model rekabentuk instruksi bersistem ini berteraskan pembelajaran dalam kelas. Model ini sesuai untuk persekitaran yang konstruktivis dimana pelajar diperlukan untuk berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Model ASSURE ini juga boleh digunakan dalam penyediaan rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.. Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktur menggunakan media dan teknologi di dalam kelas.
Terdapat enam fasa penting di dalam model ini iaitu:
Fasa 1 : Analisis Pelajar
· Ciri-ciri umum - Gred, umur, bangsa, jantina, masalah
mental, fizikal, emosi atau masalah social.
· Kebolehan awal – pengetahuan yang sedia ada
· Gaya pembelajaran- jenis visual, muzikal
Fasa 2 : Nyatakan Objektif
· Matlamat pembelajaran – jelas dan spesifik serta boleh diukur.
· Syarat Pencapaian -
· Tahap pencapaian minimum –
Fasa 3 : Pilih Kaedah,Media dan Bahan
· Pemilihan sumber sedia ada -
· Modifikasi sumber sedia ada-
· Membina sumber baru-
Fasa 4 : Menggunakan Media dan Bahan
· Membuat preview- Pastikan instruktur mempunyai pelan sokongan sekiranya terdapat masalah dari segi penggunaan media serta bahan yang digunakan.
· Menyediakan ruang persekitaran
- Berpandukan objektif, apakah metodologi yang sesuai bagi penyampaian maklumat?
- Bolehkah ianya dijalankan secara sendiri atau memerlukan arahan tambahan?
- Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas?
-Apakah jenis media yang diperlukan?
· Menyediakan peluang pembelajaran
- Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media tersebut?
- Bolehkah instruktur menggunakan media sediaada?
-Perlukah instruktur membuat modifikasi terhadap media sedia ada tersebut?
-Perlukah instruktur membentuk media sendiri?
Fasa 5 : Melibatkan Pelajar
· Aktiviti di dalam kelas dan selepas pembelajaran dijalankan.
· Penglibatan termasuklah perbincangan, pembelajaran dalam kumpulan , ujian serta penilaian.
Fasa 6 : Menilai dan Mengkaji Semula
· Sebelum, semasa & selepas instruksi - Jika matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai, cuba untuk mengenal pasti puncanya.
· Penilaian ke atas pelajar - bentuk tidak formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual dan kajian.
C). Model Hanaffin & Peck
Model Hanaffin peck ini direka pada tahun 1987 . Model Hanaffin dan Peck ini mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan,fasa reka bentuk dan fasa pembangunan-pelaksanaan. Setiap fasa melalui proses penilaian dan penyemakan yang dilakukan secara berterusan.
Fasa 1 : Analisis Keperluan
§ Menentukan kepakaran guru dalam mengendalikan pengajaran .
§ Menentukan objektif yang hendak dicapai.
§ Menentukan pengetahuan sedia ada murid-murid dalam mengendalikan komputer, perisian dan internet.
Fasa 2 : Rekabentuk dan Perancangan
§ Menyediakan folder
§ memuatturun alamat tapak-tapak yang berkenaan
§ Menentukan aktiviti
§ Menentukan latihan, dan juga penilaian pencapaian objektif
§ Memastikan kaedah penyampaian maklumat semasa di dalam kelas.
§ Menentukan isi kandungan,dan juga sistem peneroka.
Fasa 3 : Pembangunan dan Pelaksanaan
§ Menyusun folder dan kaedah pautan
§ Menggunakan enjin pencari
§ Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
§ Pengintegrasian KMT/Kecerdasan
§ Perbincangan dan Pembentangan
§ Penambahbaikan
Penilaian dan Penyemakan
§ Menentukan kepraktikalan penggunaan bahan internet
§ Menentukan pencapaian objektif
§ Menyemak kesesuaian bahan
§ Menyemak KMT/KP yang telah dieksploitasi
§ Merangsang keseronokan belajar
D). Model Dick & Carey
Model Dick dan Carey meliputi 9 fasa iaitu :
Fasa 1: Identify Instructional Goals ( Pengenalan Objektif Instruksional)
· Tujuan Instruksional- Dilakukan dengan mengikut arahan.
· Keperluan Analisis - menganalisa terhadap perbezaan antara tujuan instruksional dan keadaan sekarang atau persepsi peribadi dalam keperluan.
Fasa 2 : Conduct Instructional Analysis (Melakukan Analisis Instruksional)
· Objektif- Untuk menentukan kemahiran yang terlibat dalam mencapai tujuan
· Tugas Analisis (analisis prosedur)- tentang produk yang akan menjadi senarai, langkah-langkah dan kemahiran yang digunakan dalam setiap langkah dalam prosedur
· Maklumat(Pemprosesan Analisis)-tentang operasi yang digunakan oleh orang yang telah mempelajari kemahiran yang kompleks
· Belajar(Tugas Analisis)- tentang tujuan pengajaran yang melibatkan kemampuan intelektual
Fasa 3: Identify Entry Behaviors and Learner Characteristics (Kelakuan dan Ciri-ciri Pembelajaran)
· Intelek kemahiran
· Kemampuan seperti pemahaman verbal dan orientasi istimewa.
· Sifat keperibadian.
Fasa 4 : Write Performance Objectives (Menulis Tujuan Prestasi)
· Objektif- Untuk menterjemahkan keperluan dan tujuan ke dalam dengan terperinci untuk tujuan yang khusus.
· Fungsi- Menentukan apakah arahan yang berkaitan dengan tujuan.
· memfokuskan perancangan pelajaran pada keadaan yang sebenar.
· Membimbing pembangunan saiz prestasi pelajar.
· Membantu pelajar didalam bidang pengajian mereka.
Fasa 5 : Develop Criterion-Referenced Test Items (Mengembangkan Produk Kriteria Ujian Mereferensi)
· Untuk mendiagnosiskan harta individu dengan syarat yang diperlukan untuk belajar kemahiran baru
· Untuk memeriksa hasil pembelajaran pelajar selama dalam proses pembelajaran.
· Untuk memberikan dokumen-dokumen kemajuan pelajar kepada orang tua atau pentadbiran.
· Berguna dalam menilai sistem pembelajaran itu sendiri ( penilaian Formatif / sumatif )
Fasa 6 : Develop Instructional Strategy (Mengembangkan Instruksional Bollywood)
· Objektif- Untuk menjelaskan bagaimana aktiviti pembelajaran akan berkaitan dengan pencapaian tujuan
· Rekabentuk pelajaran terbaik-Mendemonstrasikan pengetahuan tentang pelajar, tugas dalam mengenalpasti tujuan, dan keberkesanan strategi pengajaran
· Pilihan- memberikan sistem.
Fasa 7 : Develop and Select Instructional Meterials ( Mengembangkan dan Pilih Meterials Instruksional)
· Objektif-Untuk memilih media cetak atau media lain yang dimaksudkan untuk menyampaikan peristiwa .
· Penggunaan bahan-bahan yang ada pada masa itu .
· Keperluan pembangunan material baru harus dinyatakan
Fasa 8 : Develop and Conduct Formative Evaluation (Mengembangkan dan Melakukan Evaluasi Formatif)
· Tujuan- penyediaan data untuk menyemak semula dan meningkatkan bahan-bahan pengajaran.
· Untuk menyemak semula arahan dan berkesan untuk pelajar yang ramai.
· Membentuk kumpulan kecil
Fasa 9 : Develop and Conduct Summative Evaluation (Penilaian Sumatif)
· Objektif- Untuk mengetahui keberkesanan sistem secara keseluruhan
· Dilakukan setelah sistem telah siap.
· Dilakukan dalam skala kecil / skala besar
· Melakukan untuk jangka masa panjang /jangka masa pendek
E). Model Robert GlaseaMaklum
balas
Objektif pengajaran
Penilaian
Kaedah mengajar
Pengetahuan sedia ada
Model Pengajaran Robert Glasea dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Fasa 1: Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Fasa 2 : Pengetahuan Sedia Ada
Pengetahuan sedia ada dilakukan untuk melaksanakan model pengajaran dari segi bakat, latar belakang pendidikan dan sebagainya.
Fasa 3 : Kaedah Mengajar
Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Fasa 4 : Penilaian
Penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Maklum Balas
Maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
F). Model Waterfall Model Waterfall ialah satu model di mana rekabentuknya secara berturut-turut ataupun menurun yang sering digunakan dalam proses pembangunan perisian di mana kemajuan dipandang sebagai air yang terus mengalir ke bawah (seperti air terjun ) melalui tahap analisis, syarat spesifikasi, rekabentuk, pembinaan, Ujian dan Penjagaan .
Fasa 1 : Analysis
Fasa ini berfungsi untuk menghasilkan spesifikasi kepada sistem pembangunan yang baru.Ia merupakan kajian terhadap pengguna untuk membangunkan perisian baru yang lebih spesifik.Dalam fasa ini dinyatakan apa yang akan dilakukan oleh sistem baru tersebut.
Fasa 2 : Requirements Specification
.Keperluan spesifikasi ialah menentukan keperluan yang diperlukan untuk melaksanakan model waterfall ini.
Fasa 3 : Design
Fasa ini merupakan peringkat di mana semua kajian yang dibuat diterjemahkan ke dalam sistem rekabentuk secara bertulis.Contohnya pembentukan objektif pengajaran,pembinaan item-item untuk ujian,pemilihan strategi pengajaran dan sebagainya.
Fasa 4 : Implementation
Sekumpulan ahli pembangunan perisian akan membina atau melaksanakan rekabentuk yang telah dibuat dari fasa yang terdahulu.
Fasa 5 : Testing and Integration
Aplikasi akan diuji atau dinilai untuk memastikan ia berfungsi dengan baik,memenuhi rekabentuk yang telah dibuat,mencapai objektif yang ditetapkan da sebagainya. Peringkat di mana perisian dibangunkan serta diintegrasi kepada pengguna.
Fasa 6 : Operation and Maintenance
Merupakan fasa terakhir dalam model ini.Dalam fasa ini perisian akan diselenggarakan sebelum boleh digunakan oleh pengguna.
by : gerald sandah